Tuesday, 24 April 2012 | By: Atia Adina

Iklan pengambilan pelajar baru e-PJJ & PLK bagi program Sarjana Muda InED sesi September 2012


TARIKH TUTUP: 20 MEI 2012 (AHAD)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang sedang bekerja dan berkelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi KPM / Diploma untuk menjadi siswazah UiTM dengan mengikuti Program Sarjana Muda yang ditawarkan.


CARA MEMOHON

1. Pemohon dikehendaki membeli wang pos/bank draft dimana-mana kaunter Pejabat Pos Malaysia atas nama Bendahari UiTM dengan harga RM12.00 bagi setiap permohonan. (Wang Pos yang dibeli sebelum 16 April 2012 adalah tidak sah untuk pemohonan ini)
2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (online) dengan melayari laman sesawang InED (www.ined.uitm.edu.my). Pemohon hendaklah membaca "Syarat kemasukan Program Akademik" sebelum mengisi borang permohonan.
3. Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum sekurang-kurangnya 30 orang pelajar yang mendaftar bagi setiap program dan kampus.
4. Borang permohonan yang lengkap perlu dicetak dan dihantar beserta dengan:
a.Wang Pos berharga RM12.00 dia atas nama BENDAHARI UiTM (Contoh Wang Pos --> sila klik)
b.Salinan Sijil Kelahiran
c. Salinan Keputusan SPM&STPM/Diploma/Matrikulasi KPM atau setaraf
d. Surat keputusan MUET
e. Surat Pengesahan Majikan. (Contoh surat Pengesahan Majikan --> klik disini)
**Nota: Semua salinan dokumen (b,c,d dan e) hendaklah DISAHKAN terlebih dahulu.
Alamatkan kepada:

Unit Pengambilan Pelajar,  
Institut Perkembangan Pendidikan (InED), 
Dwelling 3, Intekma Resort & Convention Centre, 
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor.

Sila Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut Permohonan-->> Klik Disini



1 comments:

Afasz said...

ada simpan impian nk sambg study tp lom ada rezki

salam kenal n follow sini

dr
http://afasz.blogspot.com