Thursday 26 April 2012 | By: Atia Adina

Ekspo kerjaya UiTM - (CaIREx)


HEBAHAN PROGRAM CaIREx 2012

Ekspo kerjaya tahunan UiTM iaitu CaIREx akan diadakan pada 8, 9 dan 10 Mei 2012 bertempat di Dewan Sri Budiman dan Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam. Program CaIREx kali ke-9 yang dianjurkan ini dibuka kepada semua mahasiswa, graduan dan Alumni UiTM bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Tiga aktiviti utama program ini akan berjalan serentak iaitu pameran kerjaya, temuduga terbuka dan juga klinik resume. Sehingga kini penyertaan terdiri daripada Bank Rakyat, MMC Corporation Berhad, Maybank, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Petronas, Western Digital (M) Sdn Bhd, KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Deloitte, Canon Opto (M) Sdn Bhd, Media Prima Berhad dan banyak lagi.

Anda semua dijemput hadir dengan berpakaian formal dan bawa bersama resume, sijil–sijil serta salinan. Maklumat lanjut, sila layari di lamanweb www.jobshop.uitm.edu.my atau facebook Pusat Kerjaya & Kaunseling www.facebook.com/pkkuitm.




0 comments: